RIJAL IDAMANKU…

April 10th, 2008 by shauqahnisa

em…da bez man eva…ade lg ke lelaki mcm ni skang ek…seem like only our beloved prophet has all those criteria…but do i qualified 4 this type of rijal??? wake up la miza…there’s so much u have to improved….ya Allah…plz help me…give me a lil strength…juz wanna be a gud muslimah…maybe not da really gud one…but it’s gud if i can be better than who i am now…huhu

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman

Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga akan pahala

Yang solatnya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

Yang tidak gentar untuk melawan nafsu

Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat durjana

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga

Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam

Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

Yang menjaga matanya dari berbelanja

Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa

Matanya kepenatan kerana penat membaca

Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Bangunnya subuh penuh kecerdasan

Kerana sehari lagi usianya bertambahan penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga

Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki

Yang tidak terpesona dengan buaian dunia

Kerana dia mengimpikan syurga

Di situlah rumah idamannya

Dan dia ingin membawa saya bersama

Dialah lelaki idaman saya

ZAUJI HABIBI

April 6th, 2008 by shauqahnisa

i juz find this in ukhwah.com…dedicated to my future husband…who…???stop thinking about it la…lagha…isy2…at this time my lurve is only 4 ALLAH, His Messenger,my family n frens…to my buddy…remember dis only 4 those whose married…yg lum kawin tu jgn nk jiwang2 lak…HARAM!!!hehe…

zauji sayang..namaku kau akadkan..jemariku kau genggam erat..hadir dirimu sebagai ujian dalam rahmat kegembiraan buatku..keras dirimu selama kita bertunang..halus jiwamu padaku isterimu..maafkan aku sayang..andai tidak mengerti dirimu sebelum ini..ikrar setia telah terpahat..dengan sekali lafaz termaktub diriku ratu hatimu..terlafaz ikrar itu tertitah janjiku padamu..sebagai isterimu akan ku paut tanganmu jika kau tersadung..akan ku genggam jemarimu tika dukamu tika riamu..akan ku jadi obor perjuanganmu..luruh hatiku tika kau berduka..longlai diriku bila kau terluka..aku isterimu..ku kuatkan semangat..bibir ku ukirkan senyum..ku simpuhkan padamu..dengan doa hilang dukamu dengan senyumku..pulih semangatmu dengan tuturku..tenang hatimu dengan pandanganku..terima kasih suamiku kerana genggaman jemarimu itu..makin mengenalkan aku padaNya..terima kasih ya Allah..hadirnya suamiku tercinta sebagai pinjaman..zauji tercinta,akan ku jadi sayap kirimu menegakkan kalimah Allah,insyaAllah..akan aku disisimu setiap saat susah senangmu..ini janjiku, isterimu..saat terlafaz ikrar setia,tiada dua tiada tiga..tiada yang lain..hanya satu..hanya dirimu dihatiku,suamiku……………..

titipan buat calon suamiku

May 28th, 2007 by shauqahnisa

TITIPAN BUAT CALON SUAMIKU…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assolatuwassalam, selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa. Salam Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya… “Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,” Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah. Calon zaujku, ”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh arwah umi dan arwah abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata … "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21) Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah sebatang kara di dunia ini. Arwah umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu … ”… maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri…” (Ali Imran : 159-160) Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul, " Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih) Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh. “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1) Calon Suamiku yang dirahmati, " Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa’:34) Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah. Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?! J Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini. Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan. Wassalam .::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::. pertemuan… menghadiahkan kita kasih sayang… jika cinta satu pasti bertemu… ia tidak ternilai… kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yg ada hanyalah cinta kasih Ilahi… kita berpisah hanya sementara kerna pertemuan bukan milik kita… jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi… biar berpisah selalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikmat bertemu tidak jemu…berpisah tak gelisah…

kisah cintaku

June 16th, 2006 by shauqahnisa

Kisah Cintaku

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah..kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku. Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai Aku? Aku menjawab, Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu. Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu? Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu. 

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu? Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir…ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang
sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.

Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?
Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar
itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapimenggunakan hati. Aku jawab, Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.

Dia menyambung lagi persoalanNya, Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu? Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu. Dan…

Dia terus betanya lagi, Adakah kamu benar-benar menyintaiKu? dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-
satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar! Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa? Aku jawab, Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak  sempurna…aku bukan maksum. Kalau begitu,kenapa ketika kamu senang dan gembira…kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan…kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku? Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari…titisan panas turun membasahi pipiku.

Dia sambung lagi, Mengapa kamu buat begini…kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu? Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti.

Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberi mu peluang untuk berkhidmat di jalanKu? Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan
kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan… atau alasan… namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi… Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada
melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu… dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara. SambungNya lagi, Kini… adakah kamu menyintaiKu? Aku tidak mampu menjawabnya lagi.

Bagaimana harus aku jawab persoalan ini?. Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah
aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, Oh Tuhanku… ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah…

kemudian Dia menjawab, Sifatku pengampun…barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu. Aku bertanya kepadaNya, Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun
berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku? Dia menjawab Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis Aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan, Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya.

Seingat aku… aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini… aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar.

aku risau….

June 5th, 2006 by shauqahnisa

AKU RISAU….

Aku bimbang .. sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau besok.. aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak.. yang belum terqada’
Ingin membayar puasa yang tertinggal.. masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance kereta-ku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumah-ku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.

Aku bimbang.. sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau ……………. apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit.

Aku bimbang.. sangat bimbang..
isyak masuk.. ayah ke surau menyembah Allah
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid.. berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit2.. MENYOKONG PESERTA REALITI TV TU.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku.. setelah dunia aku tinggalkan?

Aku bimbang.. amat bimbang.. imanku masih terumbang-umbang
Ketika aku di dalam kubur.. adakah orang yang akan mendo’akan ?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur’an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah.. adakah siapa yang akan mengenangkan ?
Hilang aku dari pandangan.. hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi.. kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

Aku bimbang.. sangat bimbang.. amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA … taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola.. TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke
masjid
seperti oranglain
Qada’lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH

wanita - dehearty

May 27th, 2006 by shauqahnisa

WANITA

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan